Dr. Mahmud Shahid dari MARDI pusat di Serdang merupakan pakar tentang kaedah sistem Hydroponic dan Fertigasi di Malaysia. Beliau adalah salah seorang mentor kami selain 'sifu' kami, Hj Amat Khri dari IPAH (Institut Pertanian Air Hitam) dan pakcik saya sendiri, Dr Alias Husin, bekas pensyarah UPM dan Pengurus PRSS (Petronas Research & Scientific Services). Beliau sangat murah hati dalam menyampaikan tunjuk ajar kepada kami sebagaimana guru-guru kami yang lain. Beliau telah mengunjungi kebun kami di Larkin sebanyak 2 kali dan di Benut sebanyak 2 kali juga. Beliaulah juga yang menyarankan kepada Penerbit rancangan Agrotek RTM untuk membuat rakaman tentang kebun kami di Benut. Berikut ini adalah soal jawab yang dirakam di salah satu seminar yang disampaikan oleh beliau.
No comments:
Post a Comment