- Kualiti Hasil - Fertigasi: Tinggi / Konvensional: Tidak menentu
- Mengutip Hasil - Fertigasi: Lebih cepat dipetik hasilnya (pokok lebih subur) serta tempoh mengutip hasil lebih panjang / Konvensional: Lambat mengutip hasil lebih-lebih lagi ketika musim kemarau ataupun waktu musim tengkujuh yang berpanjangan serta tempoh mengutip hasil lebih pendek.
- Kejerihan - Fertigasi: Rendah / Konvensional: Tinggi
- Kesan ke atas alam sekitar - Fertigasi: Mesra alam (penggunaan baja dan racun yang terkawal) / Konvensional: Penggunaan najis haiwan boleh menyebabkan pencemaran alam (udara), air bawah tanah mungkin tercemar selain boleh menyebabkan hakisan tanah sekiranya ditanam di lereng-lereng bukit. Selain itu boleh berlaku timbun-tambah garam-garam galian dalam batas-batas tanaman (pH terlalu rendah dan EC pula terlalu tinggi-tanah perlu diperbaiki atau dirawat untuk mendapatkan hasil yang baik untuk tanaman musim berikutnya.
- Keselesaan bekerja - Fertigasi: Lebih panas kerana hawa panas di dalam rumah lindungan hujan. Boleh bekerja pada bila-bila masa walaupun di hari hujan. / Konvensional: Kurang panas, tetapi di kala hujan tidak boleh bekerja. Tanah pula tidak boleh dibajak dimusim hujan kerana terlalu lembut manakala dimusim panas yang berpanjangan, tanah pula terlalu keras.
- Pengurusan dan Penjagaan - Fertigasi: Struktur pelindung tanaman, jaring kalis serangga, sistem pengairan titis perlu diurus dan dijaga secara berterusan. / Konvensional: Pengurusan lebih kepada batas-batas tanaman, sistem perparitan dan saliran, alat-alat dan mesin membajak dan juga pam air
Saturday, May 3, 2008
Perbandingan Antara Fertigasi & Penanaman secara Konvensional
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment