Monday, May 12, 2008

Konsep Asas Keperluan Baja/Nutrien Hidroponik/Fertigasi


Pokok memerlukan sehingga 16-17 unsur 'perlu' untuk menjamin pertumbuhan pokok yang normal & sihat. Unsur-unsur ini dianggap 'perlu' kerana ianyan tidak boleh diganti sepenuhnya oleh unsur lain dan tumbesaran atau pembiakan pokok tidak boleh berlangsung secara normal tanpanya. Karbon, Hidrogen & Oksigen juga dianggap 'perlu' dan ianya menyelubungi lebih daripada 90% komposisi unsur dalam rumah hidroponik. Unsur-unsur ini boleh didapati daripada udara & air. Unsur-unsur 'perlu' lain yang penting untuk pokok membesar boleh didapati daripada nutrien yang dibekalkan dalam bentuk larutan.

Hanya sedikit sahaja unsur-unsur ini terkandung dalam jumlah berat kering tisu tanaman. Walau bagaimanapun, ketiadaan salah satu atau lebih dari unsur-unsur ini akan menjejaskan tumbesaran pokok.
Industri pengeluaran sayur-sayuran jenis daun boleh memberi pulangan yang lumayan. Berpandukan teknologi yang ada di MARDI sekarang ini, dengan harga jualan RM4 sekilo (harga di ladang), pengeluar sayur jenis daun secara hidroponik boleh mendapat pendapatan kasar diantara RM800 sehingga RM1000 sehari untuk tiap-tiap hari sepanjang tahun dari kawasan seluas 0.4 hektar (1 ekar).
Kekurangan nutrient biasa kelihatan pada tanaman yang diusahakan secara konvensional walaupun tidak menyeluruh iaitu bertompok-tompok di sana- sini. Ini disebabkan taburan nutrien yang memang ada di dalam tanah itu berbeza-beza dari satu sudut ke satu sudut lainnya. Pemberian nutrien tambahan dalam bentuk baja berbutir juga bukannya mudah untuk mendapatkan taburan yang sekata. Secara relatifnya juga, banyak baja akan dibazirkan dan tiada panduan untuk menganggarkan berapa peratuskah nutrien dari baja yang ditabur itu dapat diserap oleh pokok.
tetapi dalam sistem hidroponik yang mengeluarkan baja larutan yang diperolehi dari sumber yang diakui, sukar bagi kita untuk tidak melihat sebarang tanda-tanda kekurangan nutrien pada pokok lebih-lebih lagi jenis yang berkitar larutannya. Walau bagaimanapun, tanda-tanda kekurangan ferum biasa dilihat pada pokok sayur jenis Kailan terutamanya apabila pH nya melebihi 6.5. Manakala kekurangan Kalsium biasa terdapat pada pokok Tomato terutamanya apabila cuaca terlalu panas dengan tanda-tanda kejadian penyakit Blossom End Rot pada buah Tomato.
Pembajaan dalam penanaman hidroponik biasanya dapat dilakukan dengan lebih tepat dan dianggap menjimatkan. Ianya dapat dilakukan dengan alat E.C meter untuk menyukat kepekatan baja/nutrien di dalam larutan. bagi tanaman sayur jenis daun, nilai bacaan E.C adalah di antara 2.0 - 2.5 mS/cm manakala jenis tanaman buah lebih tinggi lagi bacaannya (2.5 - 4.5 ms/cm). Dengan menggunakan alat ini, masalah pembajaan yang berlebihan hingga menyebabkan toksik kepada pokok tidak akan timbul. Jika bacaannya tinggi, ianya mudah dibetulkan dengan menambah air bersih untuk mencairkannya.
Video di bawah menunjuk salah satu alatan berketepatan tinggi yang digunakan untuk menyukat jumlah kepekatan nutrien, pH dengan tepat untuk mengoptimakan penggunaan baja dan memaksimakan hasil tanaman

No comments:

Post a Comment