Thursday, May 15, 2008

Bagaimana Hendak Memulakan Model Fertigasi Cili?


Post kali ini ditujukan khas buat kawan baik saya, Hafiz (dan adik-adiknya) dari Bandar Baru Uda, Johor Bahru yang sekarang ini sedang 'kemaruk' nak mengusahakan tanaman cili secara fertigasi di kampungnya tetapi bercadang hendak memulakan dengan sebuah model kecil dulu (dalam saiz rumah lindungan 6' X 8' dengan menggunakan atap arcylic atau polycarbornat). Mungkin yang dia maksudkan seperti gambar di atas tetapi saiz yang dia cadangkan terlalu kecil. Dengan saiz 6'X8' hanya boleh menempatkan 8 pokok sahaja, itupun akan menjadi sukar untuk lalu lalang terutama jika enclosed dengan netting. Net yang hendak dipasang mestilah dari jenis greenhouse Vege Net dgn lubang bersaiz 32 mesh dan berwarna putih seperti ini ------->
Saiz 32 mesh adalah saiz rongga yang paling kecil untuk jaring kalis serangga.
Ini adalah mustahak kerana serangga yang harus dielakkan bagi pengusaha cili adalah bersaiz kecil terutamanya whitefly (lalat putih) yang saiznya 3 kali lebih kecil dari nyamuk dewasa. Kos untuk vege net berjejaring 30' (8X6X8X6) adalah dalam RM100+ sahaja.
Tetapi di sini, saya nak mencadangkan pada Hafiz, tak perlu bina model yang terlalu kukuh dan guna kos yang tinggi (terutama untuk atap arcylic yang mana 3 keping dah mencecah RM120). Saya ingin mencadangkan agar membina model rumah lindungan yang dipanggil 'lean-to greenhouse' (seperti pada gambar) yang mana struktur rangkanya dibina bersambung dengan dinding rumah (dengan syarat ia mendapat sinaran matahari terutama pada waktu fotosintesis iaitu dari pukul 9.30 ke 11am). Struktur rangkanya boleh dibuat dari paip PVC yang disambung-sambung menyerupai struktur rumah (oh ya, sebelum itu, masukkan pasir atau rangka besi ke dalamnya dan padatkan-supaya ia tahan lama & tidak melengkung kerana faktor suhu & cuaca). Kos penggunaan net/jaring kalis serangga juga adalah kurang dari struktur yang berdiri sendiri (single built). Plastik greenhouse film boleh digunakan sebagai penutup atap menggantikan kepingan arcylic yang mahal. Guna bahan PVC sebagai struktur rangka jauh lebih murah dari menggunakan kayu dan dengan itu, kos keseluruhan dapat dijimatkan. PVC bersaiz tebal dan berdiameter 15" hanyalah berharga RM0.70/kaki atau mungkin lebih murah. Joint/penyambung 'L' & 'T' hanyalah dalam 60sen ke 70sen seunit. Gambar2 berikut saya sediakan sebagai contoh rujukan model rumah lindungan yang boleh difikirkan. Amacam Hafiz, ok tak? Struktur2 rangka PVC








Seperkara lagi, saya tidak bersetuju dengan cadangannya untuk membuat siraman manual kerana sangat tidak praktikal serta membazirkan baja. Mungkin dia bernggapan bahawa dengan melakukan siraman manual dapat menjimatkan kos lagi. pada hakikatnya tidak begitu. Saya cadangkan agar dia menggunakan set up pengairan titis asas fertigasi yang secara totalnya sangat murah (untuk set kecil sebagai model). Mari kita estimate nilai keseluruhan kos untuk set pengairan automatik 8 point pokok cili tersebut:
  1. Timer digital (lihat gambar) : RM32

  2. Set Penitis/microtube/nipple : RM12 (RM1.50/set)

  3. Pam akuarium (20w) submisable : RM25

  4. 16" lateral tubing/hose : sekitar RM5

  5. 1 tong bekas baja :RM8 (tong sampah hitam yang saya beli di hypermarket)

Jumlah = RM 82 sahaja yang sangat praktikal daripada kaedah manual (walaupun tidak perlu membayar upah). Bayangkan-bagaimana nak appoint orang untuk membuat siraman manual 5 ke 6 kali sehari bermula seawal 6.30 pagi setiap hari selama lebih dari 3 bulan? Mmm.. jenuh, jenuh. Silap-silap, ter..miss siram, pokok pula boleh layu. Banyak baja akan terbazir berbanding pengairan titis yang lebih efisyen. Seperkara lagi, jika terlalu kerap kita keluar masuk ke dalam rumah lindungan yang bertutup sepenuhnya juga tidak digalakkan. Ini adalah kerana kita mungkin akan membawa masuk serangga kecil yang melekat pada badan kita. Oleh itu, siraman secara automatik adalah alternatif yang paling efektif untuk sistem fertigasi.
Untuk jumlah yang sangat sedikit, sebagai model, saya cadangkan menggunakan kaedah semaian anak benih cili menggunakan kapas atau kertas tisu lembut sahaja seperti gambar di sebelah.
Apabila telah mula keluar dua daun primer, bolehlah dipindahkan ke bekas berisi media (jika tiada dulang semaian, boleh juga guna bekas telur-langsung tak melibatkan kos)



Tempoh semaian hingga anak benih sedia untuk dipindah ke 'ladang' ialah di antara 25-30 hari. Apabila sudah mula menghasilkan dalam 6 daun dan pangkal batangnya menunjukkan warna perang-coklat, bolehlah dipindahkan ke point/polybeg yang siap diisi media aggrerat seperti arang sekam & coco-peat.



Benih yang digunakan sebaiknya menggunakan benih terpilih dari jenis Precision Seed atau Hybrid seperti contoh benih di bawah. Veriety yang biasa digunakan di Malaysia ialah DRH 911, Kulai, Long Chili, Hot Chili, Kulai Susu dll. Boleh juga menyemai cili padi dan gunakan sistem pembajaan yang sama dengan cili biasa keperluan baja & kadar pertumbuhan untuk semua jenis 'keluarga' cili adalah sama (tak silap saya, Capsicum atau lada benggala pun boleh).


Kepekatan larutan baja ialah sekitar 1.5 - 1.6mS/cm untuk minggu 1 - 3 dengan jumlah larutan baja/siraman 1 - 1.5L, 1.6 - 1.8mS/cm untuk minggu 4 - 7 dengan jumlah baja 1.5 - 2.0L. Pada minggu ke 8 pula, kepekatannya adalah 1.8 - 3.0 mS/cm dengan jumlah 1.5 - 2.5L. Jumlah larutan baja bagi tanaman cili berubah mengikut umur, peringkat pertumbuhan, cahaya, suhu, kelembapan dan juga jenis media yang digunakan. Siraman hanyalah pada waktu siang sahaja dan bermula pada awal pagi ( siraman selalunya dibuat sebanyak 5 - 6 kali/hari iaitu bermula 6.30am, 8.30am, 10.30am, 12.30am, 3pm dengan sela masa antara 5 - 10 min bergantung pada jumlah keperluan siraman baja yang diperlukan).













Pada peringkat awal lagi haruslah mengawasi kehadiran kutu daun, teritip, lalat putih atau benah yang merosakkan pokok dan memindahkan penyakit bawaan Virus yang sukar dikawal. Satu petua yang saya dapati dari Dr. Mahmud Shahid dari Mardi, Serdang ialah dengan menyembur bahan campuran air & jus bawang putih kepada pokok terutama sekali setelah dipindahkan ke polybeg dan seterusnya setiap 4 hari berikutnya. Untuk lebih mudah lagi, belilah supliment garlic oil di dalam bentuk softgel/kapsul dari mana-mana farmasi. Larutkan 1 kapsul/softgel tersebut dengan 1L air dan semburkan secara merata peda tanaman terutama di bawah daun. Ini merupakan kawalan organik yang ampuh untuk mengelakkan pokok dari deserang serangga yang membawa Virus. Kalau terjumpa kumbang ladybird di mana2, ambil beberapa ekor dan masukkan ke dalam rumah lindungan ini sebagai kawalan biologi kerana ia adalah pemangsa yang terbik untuk mengawal kawasan tanaman dari menjadi habitat teritip, aphid dan lalat putih.

Tempoh memungut hasil pertama adalah pada umur 75 - 80 hari (dari tarikh semaian) dengan warna coklat kemerahan (jangan tunggu ia berwarna merah tua baru nak dipetik). Target hasil sekurang-kurangnya 3.0 kg atau lebih/pokok semusim (2 - 3 bulan pungut hasil)
Salam buat Hafiz, semoga berjaya.

Constructing A Model Greenhouse Video (Fast Forward)

Extreme How To Build Your Own Small Greenhouse Guideline Video

No comments:

Post a Comment