Memilih lokasi yang sesuai untuk rumah lindungan adalah sangat mustahak. Tetapi apakah yang dimaksudkan kawasan atau lokasi yang baik? Ada beberapa perkara yang perlu diambilkira ketika memilih lokasi kawasan untuk mendirikan rumah lindungan hujan bagi projek tanaman secara Fertigasi, Aeroponik atau kaedah penanaman hidroponik yang lain:
- Radiasi Solar (sinar Matahari) - Kadar kecerahan sinaran Matahari yang cukup sepanjang tahun adalah sangat mustahak untuk pertumbuhan tanaman kerana ia menentukan kadar fotosintesis pokok.
- Bekalan Air - Air diperlukan untuk sistem irigasi/pengairan tanaman. Lokasi yang dipilih perlulah mudah mendapat bekalan air yang bersih dan sesuai dari segi pH & TDS
- Ketinggian - Ketinggian lokasi dari paras laut juga menentukan jenis tanaman yang paling sesuai ditanam. Contohnya, tanaman Strawberry tidak sesuai ditanam di tanah rendah di Asia Tenggara tetapi hanya sesuai di tanah tinggi.
- Microclimate - Ia berkaitan faktor-faktor berikut --> * Latitude - aras laut *Persekitaran yang berhampiran kawasan air yang luas (laut, tasik dll) akan mengurangkan suhu terutamanya di waktu malam *Pokok-pokok, bukit bukau & halangan lain *Awan dan kabus *Kawasan angin lintang yang tinggi - ia boleh menyedut haba *Habuk/pasir yang berterbangan * Salji
- Habitat atau kehadiran populasi serangga - Pemerhatian bukan sahaja terhadap kehadiran serangga perosak, tetapi juga serangga pemangsa yang bermanafaat untuk tanaman untuk kawalan biologi
- Keadaan Potografi kawasan - Tapak lokasi haruslah rata dan tidak melandai terutamanya jika hendak menggunakan setup pengairan automatik.
- Kemudahan asas - Bekalan elektrik, telefon, dan perparitan
- Kemudahan jalanraya - Untuk transportasi bahan-bahan pertanian, binaan & hasil tanaman
- Orientasi Utara-Selatan - Kedudukan orientasi sudut kompas ini adalah penting dari segi *untuk mengelakkan struktur binaan rumah lindungan itu sendiri menjadi bayang-bayang dan menghalang sinaran matahari kepada tanaman *Baris-baris tanaman akan menerima kadar cahaya yang sama untuk mendapatkan hasil yang sekata (uniform)
- Keupayaan untuk pembesaran - kawasan tapak mestilah cukup besar untuk menampung kemungkinan melakukan pembesaran dengan membina lebih banyak rumah lindungan
- Kemudahan bekalan buruh/pekerja
- Pengurusan penempatan - Penempatan/rumah untuk pengurus ladang atau pekerja haruslah berdekatan dengan kawasan yang hendak dipilih
No comments:
Post a Comment