Sunday, April 20, 2008

Selamat Datang Ke Ladang Kami



Kami mahu memperkenalkan ladang kami yang terletak di Kompleks Belia Dan Sukan, Larkin, Johor Bahru & Benut, Johor. Sebelum ini, kami menanam buah Rock Melon dan juga cili. Sekarang ini pula kami bercadang untuk berjinak-jinak dengan tanaman cendawan Tiram kelabu juga. Perladangan dan pertanian telahpun menjadi semakin penting dan mempunyai prospek serta reputasi yang sangat tinggi di Malaysia sekarang ini sehinggakan kerajaan sendiri telah menggunakan moto kempen 'Pertanian Adalah Suatu Perniagaan' untuk memberi persepsi yang betul pada masyarakat Malaysia tentang pertanian sekarang ini. Namun, apa yang hendak disampaikan ialah pertanian yang menggunakan aplikasi moden dan berketepatan tinggi untuk memberikan pulangan yang jauh lebih lumayan bebbanding teknik tradisional yang selama ini dianggap kelas bawahan atau pertengahan dalam minda masyarakat kita.

No comments:

Post a Comment