- Risiko (serangan serangga perosak, penyakit & kekeringan) - Fertigasi: Rendah (kerana menggunakan dinding kalis serangga pada rumah lindungan dan tiada masalah penyakit bawaan tanah). Masalah kekeringan pula sederhana (hanya berlaku sekiranya terputus bekalan, lalai atau sistem pengairan bocor). / Konvensional: Risiko serangan serangga & penyakit tinggi. Risiko kekeringan rendah kerana akar pokok boleh mendapat air dari tanah atau air hujan.
- Tenaga Buruh - Fertigasi: Bermusim (tinggi terutama di waktu menanam dan mengutip hasil, tetapi boleh dikontrakkan). / Konvensional: Sentiasa tinggi
- Kesan akibat mengubah anak pokok - Fertigasi: Kurang terencat (cepat pulih kerana sistem pengairan yang lebih efisien). / Konvensional: Terencat lebih lama sebelum pulih.
- Keseragaman Pokok - Fertigasi: Lebih seragam (menerima larutan baja yang sama) /Konvensional: Tidak seragam kerana dipengaruhi oleh kesuburan tanah yang berbeza-beza
- Potensi Hasil - Fertigasi: Untuk setiap pokok, setahun dan seunit luas lebih tinggi kerana lebih pusingan setahun, kepadatan pokok lebih tinggi dan bilangan yang mati akibat penyakit akar adalah rendah. / Konvensional: Untuk setiap pokok sederhana, manakala pusingan tanaman setahun terhad kerana proses penyediaan semula tanah. Untuk seunit luas pula rendah kerana kepadatan pokok lebih rendah dan mudah pula terkena penyakit berjangkit yang dibawa tanah
No comments:
Post a Comment