Elemen yang paling penting dalam penanaman sistem Fertigasi ialah bekalan air yang tidak terputus. Secara tradisinya, sistem irigasi yang utama di seluruh dunia mendapat bekalan air dari sungai, bukit, perigi atau mata air. Kincir air adalah salah satu kaedah moden sistem irigasi yang terawal dan terulung. Untuk tanaman Hidroponik/Fertigasi adalah sangat penting mendapatkan bekalan air yang cukup dari segi kuantiti dan kualitinya. Bekalan air mestilah dari sumber yang bersih, tidak tercemar, jernih dan mempunyai bacaan pH yang betul, electron conductivity (E.C) dan TDS yang betul. Sebagai contoh, air pili, air perigi, air sungai, air tasik dll. adalah dinasihatkan agar memasang alat penapis untuk menapis habuk, kekototan dan klorin (kerana tanaman tidak memerlukan klorin). mengikut pengalaman rakan-rakan kami yang mengusahan tanaman Fertigasi, bekalan air yang terbaik ialah air bukit yang bersih, murni dan juga dingin. Ini adalah kerana suhu air juga memainkan peranan yang penting, kerana suhu yang sesuai mengandungi kadar Oksigen yang tinggi. Sekiranya suhu air terlalu panas, kadar Oksigen sangat rendah dan kadar serapan baja oleh akar juga adalah rendah
No comments:
Post a Comment