Sunday, April 27, 2008

Basic Need For Fertigation 5 - E.C, pH & TDS Meter / Keperluan asas Fertigasi 5 - E.C, pH & TDS Meter

pH Meter & EC Meter

Measuring the water supply TDS
(menyukat TDS untuk bekalan air)



















These tools are to measure the nutrient solution, water supply and the media scientifically and accurately. This is the most crucial and important element in precision farming concept - to be precise in every measurement in order to get a standard and uniform crops quality. TDS (Total Desolved Solids) is to measure water quality before it can be use for plants. You cannot get a reading better than TDS zero when measuring the total amount of dissolved solids in water. As for E.C, it measures the electro conductivity of solutions. In other words, we obtain the concentration of nutrients by using this tool and its the most frequent tool used in Hydroponics, Drip Irrigation or Aeroponics. As for pH meters, please make sure you have a reliable pH meter and know how to calibrate it properly. If your pH drifts off too far, you will find that your plants are not growing as strongly as you would like them to. This has got a lot to do with the availability of Iron in solution. If the solutions or the media is too acidic (whether it is perlite, cocopeat, wood husks etc.), it can actually preventing the roots from absorbing the nutrient resulting a slower growth and low crops yield
___________________________________________________________________
Alat-alat ini diperlukan untuk menyukat kepekatan baja, kemurnian serta keasidan bekalan air & media dengan tepat. Ini adalah elemen yang paling penting bagi pertanian berketepatan tinggi dan merupakan aspek penting dalam pertanian moden untuk memperolehi hasil tanaman yang sekata dan seragam. TDS (Total Desolves Solid) Meter digunakan untuk mengetahui tahap kualiti air sebelum ianya boleh digunakan untuk tanaman. Air yang tercemar atau mengandungi unsur-unsur logam berat terlarut yang tinggi akan mengakibatkan pertumbuhan tanaman terbantut. Manakala E.C Meter pula digunakan untuk menyukat kepekatan baja cecair mengikut tahap perkembangan, keperluan dan usia tanaman. Inilah alat yang paling kerap digunakan oleh pengusaha Fertigasi, Hidroponik dan juga Aeroponik. PH meter diperlukan untuk menyukat tahap keasidan larutan baja, bekalan air dan juga media. Jika terlalu masam atau berasid, akar tanaman tidak akan dapat menyerap baja dengan cekap. Ini akan membantutkan pertumbuhan tanaman dan membazirkan baja. pH meter juga agak kerap digunakan oleh dalam sistem ini. Sekiranya didapati media terlalu masam, terutamanya jika menggunakan sabut kelapa (bagi kebanyakan pengusaha Fertigasi di Malaysia), maka media tersebut haruskan dibilas (flush) pada awal2 pagi sebelum pembajaan & pengairan bermula. Bilasan dibuat dengan menggunakan air bersih atau air yang ditambah sedikit bahan alkali untuk meneutralkan media. Larutan baja juga harus melalui proses yang sama.

No comments:

Post a Comment