Wednesday, April 23, 2008

Basic Needs For Fertigation 5 - Media Substrates / Keperluan Asas Fertigasi 5 - Media substrat



The media substrates in Fertigation is an inert matter which is used to replaced soil. Its normally low in nutrient and in a neutral form. This is because the nutrient is only pre-determine from the dripping system which measured and prepared according to the level of crops growth's requirement. The media should be able to hold liquid about 60 - 80%, 20-40% air circulation and easy to change the pH accordingly. Its also must be cost effective, easy to get, environmentally friendly and practical. One must understand also that different plant are suitable with different types of media. In Malaysia, we normally use coco-peat (coconut husks) as media because its stable, light, cheap and easy to get. Other media that can be use are rock wool, perlite, vermiculite, wood husks, peat-moss, chaffs, sand, pebbles etc. Mixture of two or more media also good to get a more stabilised substrates






The only substrate used is sterile coco peat/fibre, so soil pests (e.g. nematodes) are not a problem. This picture shows a tomato plant uses cocopeat as media for its fertigation system








The mixture or Vermiculite and peat-moss

___________________________________________________________________________________

Media substrat dalam Fertigasi adalah merupakan bahan perantara yang peroi dan longgar untuk menggantikan tanah. Dengan menggunakannya, akan dapat mengelakkan penyakit pokok bawaan tanah seperti Nematod yang sukar dirawat. Is selalunya mengandungi kadar nutrien yang rendah dan bersifat neutral. Ini adalah kerana zat/nutrien diperolehi dan disukat hanya dari larutan baja dan diagih-agihkan ke setiap unit pokok melalui sistem titisan. bahan media haruslah mampu memegang air di antara 60-80%, mempunyai kadar pengudaraan 20 - 40% dan mudah untuk ditukar pH nya mengikut keperluan semasa. ianya haruslah mudah diperolehi, mesra alam, murah dan praktikal. Haruslah juga diketahui bahawa jenis tanaman yang berbeza memerlukan jenis sifat media yang berbeza. Di malaysia, pengusaha fertigasi selalu menggunakan 'coco-peat' atau serbuk sabut kelapa dan arang sekam padi sebagai media kerana ianya stabil, ringan, murah dan mudah diperolehi. media-media lain yang boleh digunakan adalah rockwool, perlite, vermiculite, serbuk kayu, peat-moss, pasir, pecahan atau butiran tembikar batu kelikir dan sebagainya. Campuran dua atau lebih media juga sangat bagus untuk mendapatkan substrat yang lebih stabil untuk tanaman. Contohnya, untuk tanaman cili terutamanya, Institut pertanian di Malaysia menggalakkan campuran Coco-peat & arang sekam padi dalam nisbah 50/50. Ini adalah kerana arang sekam akan menjadi pengimbang dan pemampat bagi serbuk sabut kelapa kerana sifat sabut yang agak kuat memegang air dan terlalu longgar pula jika ia kering). Menukar pH dan membilas media pula lebih mudah jika dicampurkan

Anak pokok dengan media Vermiculite -->

No comments:

Post a Comment