Showing posts with label Pembajaan/Fertilizer. Show all posts
Showing posts with label Pembajaan/Fertilizer. Show all posts

Monday, May 12, 2008

Konsep Asas Keperluan Baja/Nutrien Hidroponik/Fertigasi


Pokok memerlukan sehingga 16-17 unsur 'perlu' untuk menjamin pertumbuhan pokok yang normal & sihat. Unsur-unsur ini dianggap 'perlu' kerana ianyan tidak boleh diganti sepenuhnya oleh unsur lain dan tumbesaran atau pembiakan pokok tidak boleh berlangsung secara normal tanpanya. Karbon, Hidrogen & Oksigen juga dianggap 'perlu' dan ianya menyelubungi lebih daripada 90% komposisi unsur dalam rumah hidroponik. Unsur-unsur ini boleh didapati daripada udara & air. Unsur-unsur 'perlu' lain yang penting untuk pokok membesar boleh didapati daripada nutrien yang dibekalkan dalam bentuk larutan.

Hanya sedikit sahaja unsur-unsur ini terkandung dalam jumlah berat kering tisu tanaman. Walau bagaimanapun, ketiadaan salah satu atau lebih dari unsur-unsur ini akan menjejaskan tumbesaran pokok.
Industri pengeluaran sayur-sayuran jenis daun boleh memberi pulangan yang lumayan. Berpandukan teknologi yang ada di MARDI sekarang ini, dengan harga jualan RM4 sekilo (harga di ladang), pengeluar sayur jenis daun secara hidroponik boleh mendapat pendapatan kasar diantara RM800 sehingga RM1000 sehari untuk tiap-tiap hari sepanjang tahun dari kawasan seluas 0.4 hektar (1 ekar).
Kekurangan nutrient biasa kelihatan pada tanaman yang diusahakan secara konvensional walaupun tidak menyeluruh iaitu bertompok-tompok di sana- sini. Ini disebabkan taburan nutrien yang memang ada di dalam tanah itu berbeza-beza dari satu sudut ke satu sudut lainnya. Pemberian nutrien tambahan dalam bentuk baja berbutir juga bukannya mudah untuk mendapatkan taburan yang sekata. Secara relatifnya juga, banyak baja akan dibazirkan dan tiada panduan untuk menganggarkan berapa peratuskah nutrien dari baja yang ditabur itu dapat diserap oleh pokok.
tetapi dalam sistem hidroponik yang mengeluarkan baja larutan yang diperolehi dari sumber yang diakui, sukar bagi kita untuk tidak melihat sebarang tanda-tanda kekurangan nutrien pada pokok lebih-lebih lagi jenis yang berkitar larutannya. Walau bagaimanapun, tanda-tanda kekurangan ferum biasa dilihat pada pokok sayur jenis Kailan terutamanya apabila pH nya melebihi 6.5. Manakala kekurangan Kalsium biasa terdapat pada pokok Tomato terutamanya apabila cuaca terlalu panas dengan tanda-tanda kejadian penyakit Blossom End Rot pada buah Tomato.
Pembajaan dalam penanaman hidroponik biasanya dapat dilakukan dengan lebih tepat dan dianggap menjimatkan. Ianya dapat dilakukan dengan alat E.C meter untuk menyukat kepekatan baja/nutrien di dalam larutan. bagi tanaman sayur jenis daun, nilai bacaan E.C adalah di antara 2.0 - 2.5 mS/cm manakala jenis tanaman buah lebih tinggi lagi bacaannya (2.5 - 4.5 ms/cm). Dengan menggunakan alat ini, masalah pembajaan yang berlebihan hingga menyebabkan toksik kepada pokok tidak akan timbul. Jika bacaannya tinggi, ianya mudah dibetulkan dengan menambah air bersih untuk mencairkannya.
Video di bawah menunjuk salah satu alatan berketepatan tinggi yang digunakan untuk menyukat jumlah kepekatan nutrien, pH dengan tepat untuk mengoptimakan penggunaan baja dan memaksimakan hasil tanaman

Saturday, May 10, 2008

Kekerapan Siraman & Pembajaan Untuk Tanaman Hidroponik/Fertigasi/Aeroponik

Saya ada mendapat permintaan dari pelawat blog ini untuk menghasilkan post untuk topik di atas. Pada dasarnya, siraman mestilah dibuat pada mula benih bercambah lagi dan pembajaan pula pada mula daun kotiliden mula kelihatan. Pada tahap anak semaian, proses penyiraman & pembajaan selalunya dibuat secara manual dan kekerapannya adalah 1 kali sahaja untuk sehari. apabila anak pokok telah mengeluarkan daun sekunder (daun kedua), maka siraman dibuat sebanyak 2 kali sehari. Inilah praktis yang biasa kami lakukan pada tanaman kami
Hanya apabila anak pokok sudah mula boleh dipindahkan ke ladang (media atau platform NFT untuk hidroponik), maka barulah 'setting' pengatur masa atau 'timer' dibuat untuk mengatur masa pengairan/pembajaan dengan alat pam atau alat timer pada 'salenoid valve' bagi yang menggunakan kaedah graviti untuk penyaluran larutan baja. Bagi ladang hidroponik berskala besar, 'smart irrigation controller' lebih sesuai dan lebih praktikal.
Berikut adalah kadar siraman serta jumlah & kepekatan larutan baja untuk jenis-jenis tanaman yang berbeza:

1) CILI FERTIGASI : Siraman dibuat dengan larutan air baja 4 - 6 kali sehari (cadangan 7am, 9am, 11am, 1.30pm, 3.30pm..)
Kepekatan Larutan Baja_______________________Jumlah Baja
Minggu 1 - 3 sekitar 1.5 - 1.6 mS/sm____________________1.0 - 1.5 L
Minggu 4 - 7 sekitar 1.6 - 1.8 mS/sm____________________1.5 - 2.0 L
> Minggu 8 sekitar 1.8 - 3.0 ms/sm_____________________1.5 - 2.5 L

Jumlah larutan baja berubah mengikut umur, peringkat pertumbuhan, cahaya, suhu & kelembapan. Siram siang sahaja. Berhenti siraman lebih awal,sekitar 4pm untuk meringankan media & pengudaraan akar (untur pernafasan di waktu malam). Jika tidak, bunga akan mudah gugur.

2) MELON FERTIGASI: Siraman dibuat dengan larutan air baja 4 - 6 kali sehari (cadangan 7am, 9am, 11am, 1.30pm, 3.30pm..)
Kepekatan larutan Baja______________________Jumlah Baja
Minggu 1 - 3 sekitar 1.6 - 1.8 mS/sm__________________1.0 - 2.0 L
Minggu 4 - 7 sekitar 1.8 - 2.2 ms/sm__________________2.0 - 3.5 L
Minggu 8 - 9 sekitar 3.0 - 3.8 mS/sm__________________1.5 - 2.5 L
Jumlah larutan baja berubah mengikut umur, peringkat pertumbuhan, cahaya, suhu & kelembapan. Umur 35 - 55 hari, jumlah air diperlukan dengan banyak untuk pembesaran buah. 10 - 14 hari terakhir sebelum pungut hasil - perlukan baja pekat antara 3.0 - 3.8 ms/sm tetapi jumlah larutan baja dikurangkan. Boleh tambah unsur Kalium sebanyak 20% untuk menambahkan kemanisan buah


3) TOMATO Fertigasi : Siraman dibuat dengan larutan air baja 4 - 6 kali sehari (cadangan 7am, 9am, 11am, 1.30pm, 3.30pm..)
Kepekatan larutan Baja______________________Jumlah Baja
Minggu 1 - 3 sekitar 1.6 - 1.8 mS/sm__________________1.0 - 1.5 L
Minggu 4 - 7 sekitar 1.8 - 2.2 ms/sm__________________1.5 - 2.0 L
>Minggu 8 sekitar 3.0 - 3.8 mS/sm___________________1.5 - 2.5 L

Jumlah larutan baja berubah mengikut umur, peringkat pertumbuhan, cahaya, suhu & kelembapan. Berhenti siraman lebih awal,sekitar 4pm untuk meringankan media & pengudaraan akar (untur pernafasan di waktu malam). Jika tidak, bunga akan mudah gugur.


Masalah-Masalah Larutan Baja Hidroponik & Penyelesaiannya / Hydroponic Nutrient Problems & Its Solutions

Larutan zat yang keruh, 'rerambut' terapung & pembentukan yang menyerupai kapas adalah akibat daripada kesan kulat atau fungus di dalam larutan baja terutamanya di negara-negara Tropika yang lembab & panas sepanjang tahun. Bakteria juga boleh mengakibatkan larutan menjadi keruh & mudah membentuk bahan lendir atau tompokan2 seperti agar-agar di dalam sistem pengairan serta memberikan bau yang kurang enak. Bau ynag busuk adalah menunjukkan bahawa bakteria telah melakukan metabolisma terhadap Protein yang menghasilkan amines (asid organik) & bahan Sulfur yang mengandungi molekul-molekul organik ke dalam larutan. Mikrob2 akan mula membiak disebabkan adanya bahan molekul organik di dalam larutan. Apabila kulat atau bakteria hadir dalam sistem pengairan, ia akan mengambil semua oksigen yang penting untuk pernafasan sistem akar pokok. Ia juga akan menambah bahan toksin dan merbahaya kepada pokok. Bahan rerambut, lendir & fungus ini juga boleh menyumbat sistem pengairan, terutamanya alat penitis.

Penyelesaiannya - Lazimnya pengusaha Hidroponik/Fertigasi akan melakukan pensterilan terhadap keseluruhan sistem pengairan. Kami juga biasa menggunakan bahan 'disinfectant' seperti Cidol & Dettol serta Klorin & bahan antifungus untuk tujuan ini. Tetapi kami tidak menggunakan bahan asid seperti kebanyakan pengusaha komersial kerana kurang pengalaman. Namun begitu, ia terbukti sukar & melibatkan kos yang agak tinggi. Dalam jumlah atau kepekatan yang tinggi, ia juga boleh merosakkan tanaman. Selain disinfectant, pengusaha sebaiknya menggunakan teknik pensterilan seperti H2O2 & Klorin. Bahan disinfectant adalah untuk menghapuskan bekteria, H2O2 untuk membunuh Spora & Patogen manakala Klorin untuk membunuh mikrob. Kaedah yang lebih berkesan serta selamat, yang sering digunakan oleh kebanyakan pengusaha Hidroponik komersial ialah dengan memulakan dengan menggunakan sumber air yang telah disteril, menambah larutan zat (baja cecair) dan menyuntik mikrob yang berfaedah ke dalam larutan baja tersebut (kaedah yang sama dengan cara menggunakan penapis butiran pasir) untuk menghambat pembiakan patogen dan menghasilkan sistem pengairan yang sihat & bersih.

________________________________________________________________

Cloudy nutrients, floating ‘fur’ and ‘cotton like’ growths are most likely to be caused by fungi in the nutrient solution especially in a Tropical countries with its hot and high humidity environment. Bacteria can also make the nutrient cloudy, but tend to produce more of a ‘slime’ or jelly like mass in the system and a bad smell. Bad odors can be both strong and persistent and are a result of bacteria metabolizing proteins which releases amines and sulfur containing organic molecules into solution. Microbial growth in the nutrient itself is a result of having organic materials in the system somewhere (fungi etc need organic matter to feed on). When these fungi or bacteria are present in the system, feeding on organic matter, they use up just about all the oxygen in the nutrient and this ends up smothering the plants roots. They can also release toxic compounds into the nutrient as they grow, breed, die and decompose, and many of these are harmful to plants. The microbial species which produce the bad smells, slime and other undesirable problems are not the ones we want to encourage, since their growth results in stagnant, oxygen starved conditions and root death. Once root death has started to occur, opportunist pathogens such as Pythium will then invade the plant’s root tissues, making disease control difficult. They also make running a hydroponic system unpleasant, will block up emitters, drippers and other equipment and require the whole system to be cleaned out and disinfected. If these problems have developed in a hydroponic system it is usually an indication that large amounts of organic matter have been introduced which have given the fungi and bacteria a food source and resulted in rapid population growth. Organic matter may have come from large amounts of old rotting root systems or vegetation from a previous crop, use of organic growing media or it could even be unintentional organic contamination - (such as the large, dead rat found rotting at the bottom of one growers nutrient tank!). There are organic additives specifically designed for hydroponic systems - meaning they are suitable for a ‘soilless’ system and following the manufacturers instructions for the use of these will get the most benefit from these types of products. As with all hydroponic nutrients - more is not better when using organic additives in a hydroponic system and the dose stated on the product will be the optimum one. Use of organic fertilizers which are used and designed for soil based systems have in the past caused major problems in many hydroponic systems - many of these rely on boosting the population growth of microbes in the soil which in turn breaks down organic matter, releasing nutrients. Also many of the organic compounds are not fully mineralized and putting these soil based organic fertilizers (such as fish emulsions) into an NFT or even media system in large quantities can have rapid and unpleasant results.

Solutions and prevention of nutrient problems - There has been a major move away from the ‘kill everything and sterilize approach’ for nutrient solutions to a more integrated and environmentally friendly method of allowing microbes to exist naturally in a well run, fully aerated system. Sterilization of the nutrient has proven many times to be difficult and expensive to carry out, often resulting in plant damage, nutrient problems and residues of sterilization chemicals. Using sterilization techniques such as H2O2 and Chlorine in nutrients solutions requires a high dose to kill some of the persistent plant pathogens and this has been shown to damage young and sensitive roots in many crops. 100ppm H2O2 is required to kill spores of some of the common hydroponic pathogens, but even a level of 8ppm was found to damage lettuce seedling roots. The same problem exists with the use of chlorine. Studies have also found that after nutrient sterilization when all microbes and algae have been killed, re-growth of these occurs very rapidly in the nutrient, and this can in fact result in some of the pathogenic microbes re-establishing fastest, causing many new problems in the systems. A better approach, which is used by many commercial growers, is to start with a clean, sterilized water source, add in the nutrients, then inoculate the nutrient solution with a mixture of beneficial microbes (the same ones which may also be used in a sand filter). This gives the beneficial microbes a head start and results in a healthy system where any pathogens should be suppressed before plant damage occurs.

*References and Sources of informationPaulitz, T. C., ‘Biological Control of Root Pathogens in Soilless and Hydroponic Systems’. HortSceince, Vol 32, No 2 (1997) pages 193-196.Stanghellini, M. E., Rasmussen, S. L., ‘Hydroponics: A Solution for Zoosporic Pathogens’ Plant Disease, Vol 78 No 12 (1994) pages 1129-1137.Utkhede, R. S., Levesque, C. A., Dinh D. ‘Pythium aphanidermatum Root Rot in Hydroponically Grown lettuce and the Effect of Chemical and Biological Agents on its Control’ Canadian Journal of Plant Pathology, Vol 22 (2000) pages 138 - 144.

RESIPI LARUTAN ZAT UNTUK HIDROPONIK & PENGURUSANNYA

Pengusaha Hidroponik akan bermula dengan formulasi resipi bahan larutan zat/baja untuk tanaman mereka. Pilihan untuk resipi adalah bergantung pada pengusaha sendiri. Pilihan resipi yang boleh dibuat menghasilkan kejayaan yang tinggi dari faktor-faktor:
  • Pertumbuhan tanaman
  • Kondisi persekitaran dan lokasi (topografi, punca air, kelembapan dan sebagainya)
  • Masa dan tahun/musim penanaman
Sekiranya anda mendapati bahawa terdapat perubahan hasil yang rendah atau terdapat simtom toksik, maka perubahan terhadap resipi harus dilakukan. Sebagai contoh ialah resipi yang digunakan oleh Sunco Ltd, sebuah syarikat gergasi yang menanam tomato dari Las Vegas, U.S.A (sila lihat rajah di bawah). Untuk tanaman tomatonya, resipi diubah mengikut tahap pertumbuhan tanaman
  1. Resipi minggu 0 - 6: Tanaman memerlukan bahan zat Nitrogen, Kalsium & Magnesium yang tinggi untuk pertumbuhan & pembinaan struktur asas tanaman.
  2. Resipi minggu 6 - 12: Zat Nitrogen dikurangkan manakala Potassium ditingkatkan untuk menggalakkan penghasilan bunga (untuk proses kacukan/pembuahan).
  3. Resipi minggu ke 12+: Untuk mengekalkan keseimbangan bagi pertumbuhan & pembiakan
MINGGU 0-6___________MINGGU 6-12_______________MINGGU12 +
PPM*____________________PPM*_______________________ PPM*
N 224_____________________N 189______________________ N 189
P 47______________________ P 47_______________________ P 39
K 281_____________________ K 351______________________ K 341
Ca 212____________________ Ca 190_____________________ Ca 170
Mg 65_____________________Mg 60_____________________ Mg 48
Fe 2.00____________________Fe 2.00____________________ Fe 2.00
Mn 0.55___________________Mn 0.55____________________Mn 0.55
Zn 0.33____________________Zn 0.33____________________Zn 0.33
Cu 0.05____________________Cu 0.05____________________Cu 0.05
B 0.28_____________________B 0.28_____________________B 0.28
Mo 0.05___________________Mo 0.05____________________Mo 0.05

*ppm = 1 untuk setiap 1juta unit bahan (parts per million)

Perhatian: Kepekatan bahan zat Sulfur (micronutrient) & Klorida(micronutrient) tidak diberikan kepada resipi ini. Ia tidak berksud bahawa ianya tidak terkandung di dalam resipi tersebut. Lazimnya, bahan Sulfur sudah ditambah dengan Magnesium manakala Klorida ditambah dengan Manganese & Kuprum. Jumlahnya sudah mencukupi dan tidak perlu ditambah lagi secara berasingan

Nota: Dua perubahan nyata boleh dibuat terhadap resipi ini dalam keadaan musim panas dan kadar pencahayaan yang tinggi untuk menggalakkan pertumbuhan tanaman serta pembuahan. Untuk mengelakkan pertumbuhan pokok yang melampau (daun terlalu banyak dan rimbun tetapi kurang bunga/buah) terutamanya pada waktu musim panas, kurangkan zat Nitrogen (95ppm) dalam 6 minggu pertama. Tingkatkan kepada 145ppm pada minggu ke 6 dan kemudian 189ppm pada minggu ke 12. Klorida boleh juga ditambah pada tahap pembuahan pada kadar 150-200ppm untuk meningkatkan kualiti, tekstur dan rasa buah. Perlu dingat juga bahawa resipi ini hanya sesuai bagi tanaman buah sahaja. Bagi tanaman sayuran daun, resipinya berlainan (tidak perlu tambahan zat untuk pembuahan) tetapi lebih kepada zat N dari minggu ke 2 ++

_____________________________________________________________________________________

A grower will start with a nutrient solution recipe. The choice of recipes is up to the grower (many variations exist). Choose a recipe that has been successful:
  • For the plant you want to grow.
  • For the regional location and environmental conditions.
  • For the time of year you wish to grow.
IF a grower notices deficiency/toxicity symptoms,
THEN adjustments to the recipe can be made to compensate.

*An example: Recipe used by Sunco, Ltd., Las Vegas NV, for tomatoes during Winter
in the mid to late 1990’s (See table below). Most recipes will vary according to stage of plant growth.
  1. Ex: 0 – 6 Week recipe: Higher nitrogen, calcium and magnesium for good structure/vegetative growth.
  2. 6 – 12 Week recipe: Lower nitrogen and higher potassium to enhance flower (reproductive) production
  3. 12 + Week recipe: To maintain balance – vegetative/reproductive

WEEK 0-6_______________WEEK 6-12__________________ WEEK 12 +
PPM ____________________PPM_______________________ PPM
N 224_____________________N 189______________________ N 189
P 47______________________ P 47_______________________ P 39
K 281_____________________ K 351______________________ K 341
Ca 212____________________ Ca 190_____________________ Ca 170
Mg 65_____________________Mg 60_____________________ Mg 48
Fe 2.00____________________Fe 2.00____________________ Fe 2.00
Mn 0.55___________________Mn 0.55____________________Mn 0.55
Zn 0.33____________________Zn 0.33____________________Zn 0.33
Cu 0.05____________________Cu 0.05____________________Cu 0.05
B 0.28_____________________B 0.28_____________________B 0.28
Mo 0.05___________________Mo 0.05____________________Mo 0.05

NOTE: Sulfur (a macronutrient) and chloride (a micronutrient) concentrations are not given in this recipe. That does not mean that sulfur and chloride are not present. Usually sulfur is added with magnesium and chloride is added with the manganese and copper. Enough will be added with these other elements to be sufficient
NOTE: Two significant changes to this type of standard recipe can also be made in hot, high light areas to improve growth of the plants and quality of the fruit. To avoid over-vegetative growth during hot fall weather, begin with low nitrogen (~95ppm) during the first 6 weeks. This will keep the plants “lean” and encourage reproductive growth. Increase to 145ppm N at 6 weeks and then 189ppm by 12 weeks. Chlorides can be added during fruiting in macronutrient levels (150-200 ppm) to improve fruit quality and taste. Note, significant adjustments must be made to the recipe.
** These changes should only be attempted by experienced growers.

Friday, May 9, 2008

JENIS-JENIS BAJA HIDROPONIK / TYPE OF HYDROPONIC NUTRIENT SOLUTION

Bekalan zat sebagai baja untuk tanaman Hidroponik (termasuk Fertigasi & Aeroponik) boleh didapati dalam beberapa bentuk:
  1. Larutan pati/stok baja yang sudah dibancuh - Ia kemudiannya akan dilarutkan ke dalam air untuk aplikasi pada setiap tanaman. Untuk hidroponik, ia akan didapati dalam 2 bekas berasingan iaitu formula A & Formula B yang bila dicampurkan, mengandungi kesemua elemen-elemen asas zat untuk keperluan tanaman
  2. Serbuk pati baja yang telah dicampur - Ia kemudiannya akan dilarutkan ke dalam air. Kebanyakannya dalam nisbah sukatan campuran 1 sudu teh untuk setiap gelen air. Kebanyakan pengusaha Hidroponik/Fertigasi yang berskala besar serta bagi tujuan komersil, akan membeli kompaun-kompaun zat asas ini secara berasingan dan menyukat serta membancuh sendiri bekalan baja mereka. Ini adalah bertujuan semata-mata untuk mengurangkan kos operasi. Bagi mereka yang menanam tanaman hidroponik secara kecil-kecilan atau untuk hobi, kaedah ini tidak praktikal. Untuk mengetahui formula & nisbah campuran zat2 asas untuk tanaman hidroponik, sila lawati post saya (bulan Oktober 2007) iaitu Di Mana Hendak Mendapat Bekalan Baja Hidroponik/Fertigasi serta post tentang Keperluan Asas Hidroponik/Fertigasi - Baja Hidroponik untuk maklumat asas prinsip baja hidroponik.
Pembahagian Zat-zat Asas Hidroponik:
  1. Makroelemen (atau zat makro iaitu N, P & K untuk tumbesaran pokok) - Selalunya dibeli dalam beg atau bekas 50 lb. Ia dipanggil gred Hortikultur dan ianya perlulah dalam bentuk mudah larut.
  2. Mikroelemen - Ia hanya diperlukan dalam jumlah yang sangat sedikit. Ia boleh didapati dalam bentuk serbuk yang sudah digaul mengikut nisbah bagi keperluan tanaman hidroponik atau boleh dibeli dalam komponen berasingan - Sekurang-kurangnya gred hortikultur dan mestilah dalam bentuk mudah larut.
PERHATIAN: Perhatikan bahawa campuran baja diasingkan kepada 2 bahagian iaitu 'A' & 'B'..
Alasannya .. Selalunya, kompaun baja yang mengandungi zat Kalsium diasingkan daripada kompaun Sulfat & Fosfat. Mengapa? Dalam kepekatan yang tinggi, Kalsium akan bergabung dengan Sulfat & Fosfat dan menghasilkan butiran-butiran yang tidak boleh larut.
Oleh itu, larutan baja hidroponik lazimnya dibahagikan kepada 3 bekas berasingan;
  1. Tangki untuk zat yang mengandungi Kalsium & Zat Besi (Iron) - Warnanya akan menjadi kemerahan.
  2. Tangki zat yang mengandungi kesemua zat Makro & Mikro (selain Kalsium/zat Besi)
  3. Tangki Asid - Ianya diasingkan untuk persediaan sekiranya perlu mengubah pH larutan baja jika pHnya didapati terlalu tinggi.
___________________________________________________________________
*Mineral nutrients are available in several forms:
  1. Pre-mixed liquid concentrates that are then diluted with water.“A” and “B” formulas that when mixed have all essential elements.
  2. Pre-mixed powder concentrates that are then diluted with water.Many are a teaspoon per gallon mixes – fairly simple. NOTE: DO NOT USE Miracle Gro – This is meant for soil culture and does not have all the essential elements for hydroponic use. Many commercial growers buy the individual compounds and mix the nutrient solution themselves. See my Oct 2007 post - Where to get Fertigation/Hydroponic fertilizer for a list of the compounds required (other compounds can be substituted) and the other post - Basic Needs For Fertigation 4, Hydroponic Fertilizer for the basic principal on this topic
Typer Of Hydroponic's Basic Nutrient Elements :
  • Macroelements (or macronutrients) are usually purchased in 50 lb bags. These are called horticulture grade.These need to be in a soluble form.
  • Microelements (needed in much smaller amounts) can be purchased as 1) Pre-mixed powders: specific for hydroponics. 2) Individual compounds: at least horticultural grade, but can be technical or reagent grade and need to be soluble.
.

PRECAUTIONS: Note above the “A” and “B” formulas…
There is a reason…
Usually, the calcium containing compounds are kept separate from the phosphate and sulfate compounds. Why? In high concentration the calcium will combine with the phosphates and sulfates to form insoluble precipitates.
THEREFORE:
A typical nutrient solution will be divided into 3 tanks:
Calcium/iron tank (iron gives it a reddish color)
Macro/Micro tank (all other macro and micro elements)
Acid tank (kept separate so pH can be adjusted individually).

Elemen2 zat atau galian & Perkaitan Zat / Mineral elements or nutrients & Nutrient interactions

*Mineral elements or nutrients: 16 elements required for plant growth. Elements from air and/or water: C, O, H. Elements from the soil/nutrient solution:
1) Macros: N, P, K, Ca, Mg, S. 2) Micros: Fe, Mn, B, Zn, Cu, Mo, Cl
The 13 essential mineral elements can be obtained in the following compounds:
  • MgSO4*7 H2O (Magnesium Sulfate) H3BO3 (Boric Acid)
  • KH2PO4 (Monopotassium Phosphate) MnCl2*4H2O (Manganous Chloride)
  • KNO3 (Potassium Nitrate) CuCl2*2H2O) (Cupric Chloride)
  • K2SO4 (Potassium Sulfate) MoO3 (Molybdenum trioxide)
  • Ca(NO3)2 (Calcium Nitrate) ZnSO4*7H2O (Zinc Sulfate)
  • Fe 330 – Sequestrene (chelated iron)

In solution these compounds dissociate into ionic forms:

  • Ex: MgSO4 dissociates into the cation Mg++ and the anion SO4
  • Ex: KNO3 dissociates into the cation K+ and the anion NO3-
  • Ex: CuCl2*2H2O dissociates into the cation Cu++, the anions 2Cl- plus 2 H2O
*Nutrient interactions: Plants maintain a balance between the cations (positively charged ions) and anions (negatively charged ions) in their cells and tissues. NOTE: In a chemical equation the cations are listed first, then the anions. Plants also maintain a constant sum of cations in their cells and tissues. Therefore, if one cation is increased, it may decrease the uptake of others. Ex: Increasing Mg++ can cause decreases in Ca++ and calcium deficiencies. Ex: Increasing NH4+ (to increase acidity) can cause decreases in Ca++ uptake. Interactions between anions are not as common. Ex: Increasing Cl- can decrease NO3- uptake and visa versa.

Thursday, May 8, 2008

SISTEM FERTIGASI & PENGAGIHAN ZAT - Pengenalan / FERTIGATION SYSTEMS AND NUTRIENT SOLUTIONS – Introduction

Tanaman boleh menerima apa jua keadaan siraman/pengairan dan pembajaan. Bagaimanapun, bagi operasi komersial, tujuan utama ialah keuntungan yang memerlukan optimasi dari segi pertumbuhan dan hasil tanaman . Optimasi pengairan & pembahagian zat mineral adalah kritikal unuk menghasilkan kadar pertumbuhan yang optimum.. Optimasi pengairan dan penyaluran zat kepada tanaman hidroponik boleh berubah mengikut:
  • Spesis tanaman yang berbeza
  • Spesis tanaman yang sama tetapi berbeza dari segi kitaran hayatnya
  • Spesis tanaman yang sama tetapi berbeza dari segi musim tanamannya
  • Spesis tanaman yang sama tetapi berbeza di bawah keadaan persekitaran yang berlainan
Kandungan-kandungan Larutan Zat Hidroponik:
Sistem fizikal memerlukan zat disalurkan kepada tanaman. Bagaimana hendak mengukur berapa banyakkah setiap komponen zat yang diperlukan?

Definasi:
  • Irrigasi/Pengairan - Membekalkan air ke tanah kering atau media menggunakan penyalur, paip, terusan dan sebagainya.
  • Fertilizer/Pembajaan - Garam-garam bukan organik yang mengandungi elemen-elemen makro & mikro yang penting untuk pertumbuhan tanaman
  • Fertigasi - Penggunaan zat baja yang lazimnya bukan organik untuk tanaman hidroponik di rumah lindungan hujan dan sistem yang kecil, walaupun sebahagian penggemar menggunakan campuran zat organik
  • Rumusan Larutan Zat - Senarai bahan-bahan zat bukan organik dan kepekatannya dalam unit ppm (part per million) atau mMol (millimole). Ia termasuk juga jumlah sebenar bahan-bahan yang diperlukan untuk mendapatkan kepekatan yang ditetapkan serta tepat dari segi jumlah air dalam takungan, larutan dan sebagainya.
____________________________________________________________________
Plants can tolerate a wide range of watering and nutritional conditions…
However…for a commercial operation, the bottom line is profit which means optimizing plant growth and yield. Optimum watering and mineral nutrition are critical for optimum plant growth. Optimum watering and nutritional conditions can vary:
  • For different plant species
  • For the same plant species at different times of its life cycle
  • For the same plant species at different times of the year
  • For the same plant species under different environmental conditions
Properties of the nutrient solution for Fertigation/Hydroponic:

The physical systems required to deliver the nutrient solution to the plants. How to calculate how much of each compound to use.

DEFINITIONS

*Irrigation = The supplying of water to dry land using ditches, pipes, streams, etc.

*Fertilizer = Inorganic “salts” containing the essential macro and micro elements
necessary for plant growth. Also organic compounds that contain
such elements (i.e., manure, fish emulsion, bat guano, etc.) that, when added to
the soil or water, increase it’s “fertility”.

*Fertigation = The use of fertilizers (usually inorganic for commercial greenhouse
hydroponics and smaller systems, though some hobbyists use organic mixtures),
in the appropriate combination, concentration and pH, for every irrigation cycle.

*Nutrient solution recipe = A list of inorganic compounds, and their final
concentrations in ppm (“parts per million” or “milligram per liter”) or mMol
(millimole), etc. This can also include actual amounts of the compounds needed
to achieve the prescribed concentrations, given specific tank volumes, dilution
factors, etc.




Friday, April 25, 2008

Where To Get The Fertigation/Hydroponic Fertilizer?/Di Manakah Hendak Mendapatkan Baja Fertigasi/Hidroponik?

I got one comment from a visitor of this blog asking me this question. What I can say is that normally, we get or buy all the compound of nutrient element needed as explained in a post Basic Need For Fertigation 4 - Fertilizer, get the ratio, weight them and mix them together before we dilute them in a pre-determined TDS and pH count water as a nutrient stock. The mixture must be devided into two components - component A and component B. The dilution must also be made saperately. So, you need to have two containers for two components of the fertilizer solutions. The reason is that some nutrient element cannot be mixed in a high concentration form. If you mix it altogether in one container, it will crystalise. In the begining, you need some capital in order to buy the whole thing. But it is more cost effective than buying the mixture from the third party. As for us, we have to admit that we also bought already prepared fertigation fertilizer mixture from a supplier because of a capital constraint. In Malaysia, we bought it from Department Of Agriculture Institute at Ayer Hitam, Johor and also MARDI (Malaysian Agriculture, Research and Development Institute) at Serdang, Selangor. Different supplier have different mixture formula. It also depending on what plant you want to grow. I'll make another post in two days time to give the formula ratio for Fertigation
__________________________________________________________________

Baja fertigasi merupakan baja yang di formulasi dan datangnya dalam bentuk kompaun atau pepejal. Ianya adalah campuran kesemua nutrien yang diperlukan untuk pokok menurut kadar/peratusan atau ratio yang ditetapkan mengikut jenis tanaman dan kemudiannya dilarutkan ke dalam air dan dibiarkan semalaman. Campuran baja ini diasingkan kepada 2 bahagian - A & B. Ianya dilarutkan ke dalam air di dalam 2 bekas yang berasingan juga sebagaimana foto di bawah. Ini adalah kerana bahan2 ini ada yang tidak boleh bercampur dalam keadaan terlarut dalam masa yang lama kerana ditakuti akan bertindakbalas dan mengeras menjadi butiran hablur. Setelah dilarutkan semalaman, larutan stok baja ini perlulah dikacau dengan rata sebelum ianya boleh digunakan. Ianya haruslah kemudiannya ditutup dengan rapat dan disimpan di tempat yang dingin dan tertutup. Para pengusaha boleh juga membuat sendiri baja ini dengan membeli kesemua komponen nutrien dan menimbangnya mengikut kadar dari formulasi dan campurkan ke dalam satu bekas berasingan. Ianya lebih menjimatkan dari membeli baja yang telah siap dicampur. Kos permulaan untuk membeli komponen2 ini adalah sekitar RM1500. Manakala jika membeli yang telah siap dicampur, harganya untuk satu set (A&B) adalah di antara RM200 - RM240 di mana setiap beg adalah seberat 25kg. Pada permulaannya, kami membeli baja ini dari Jabatan Pertanian Air Hitam, Johor dan beberapa kali juga kami membelinya dari MARDI serdang. Anda boleh mendapat penerangan asas tentang baja ini dan komponennya melalui post Keperluan Asas fertigasi 4 - Baja















Cooper Formula :

Component A

  1. Calcium Nitrate (20.06kg)
  2. Fe-EDTE (1058g)

Component B

  1. Kalium Nitrate (11.6kg)
  2. Magnesium Sulphate (10.26kg)
  3. Mono kalium phosphate (5.26kg)
  4. Zinc Sulphate (8.8kg)
  5. Mn Sulphate (122g)
  6. Cu Sulphate (7.8g)
  7. Ammonium Molibdat (7.4g)
  8. Boric acid (34g)

MARDI (Malaysian Research & Development Institute) Formula:

Melon

Component A

  1. Calcium Nitrate (11.3kg)
  2. Fe-EDTA (164g) Magnesium Sulphate (5.64kg)

Component B

  1. Kalium Nitrate (10.1kg)
  2. Magnesium Sulphate (5.64kg)
  3. Mono Kalium Phosphate(1.75kg)
  4. Zn Sulphate (2.2g)
  5. Mn Sulphate (15.4g)
  6. Cu Sulphate (0.78g)
  7. Ammonium Molibdat (0.18g)
  8. Boric acid (30g)

Tomato

Component A

  1. Calcium Nitrate (9.36kg)
  2. Fe-EDTA (164g)

Component B

  1. Kalium Nitrate (8.12kg)
  2. Magnesium sulfat (2.630kg)
  3. Mono Kalium Phosphate(4.962kg)
  4. Zn Sulphate (2.2g)
  5. Mn Sulphate (15.4g)
  6. Cu Sulphate (0.78g)
  7. Ammonium Molibdat (0.18g)
  8. Boric Acid (30g)

Tuesday, April 22, 2008

Basic Needs For Fertigation 4 - Fertilizer ? Keperluan Asas fertigasi – Baja


Seen on a shelf a workbench in the University of Washington Botany Greenhouse. From left, sodium dihydrogen phosphate, potassium nitrate, dipotassium phosphate. Fertilizer? Food?




Passive Hydroponic and Fertigation is a method of growing plant using mineral nutrient solutions instead of soil. A practically inert wicking medium transports water and fertilizer to the root by capillary action. Medium for drip irrigation like perlite, gravel or Rockwool which contains a multitude of free air spaces and thus delivers oxygen to the roots. terrestrial plants is grown with their roots in the nutrient solutions or in this mediums. In Fertigation or drip irrigation and Hydroponic farming, the type of fertilizer is the same. The Fertilizer is formulated depending on the plant type and it contains balanced and complete plant nutrients for growth, induce flowering and enhance fruiting. The fertilizer is normally a foliar or in a liquid form because it is transported through irrigation system to each plant.

The basic components of Nutrients in Hydroponic Fertilization that is widely used in Malaysia are:
  • Nitrogen (N) - 280ppm
  • Phosphorus (P) - 40ppm
  • Potassium (K) -440ppm
  • Calcium (Ca) - 200ppm
  • Mg (Mg) - 55ppm
  • Manganese (Mn) - 0.5ppm
  • Ferum (Fe) - 2.5ppm
  • Boron (B) - 0.5ppm
  • Copper (Cu) - 0.02ppm
  • Zink (Zn) - 0.05ppm
  • Molybdenum (Mo) - 0.01ppm
*Sometimes, Humic Acid is also added to increase nutrients absorption by the roots. The pH of the nutrient stock is normally controlled at 6.1 (but it also depend on the pH of the media used).
___________________________________________________________________

Kaedah Hidroponik dan Fertigasi menggunakan sistem pembajaan nutrien dalam bentuk cecair ke setiap poin tanaman. Media yang terpilih digunakan sebagai medium untuk memegang sementara cecair baja ini untuk diserap secara optimum oleh kapilari akar pokok. Media seperti sabut, sekam, perlite, rockwool dan sebagainya mengandungi ruang-ruang udara yang juga memberikan bekalan oksigen kepada akar. Perlu diingat bahawa selain daun, akar juga memerlukan sejumlah oksigen yang tertentu untuk 'pernafasan'. Maka pemilihan media yang betul adalah sangat penting mengikut jenis akar dari jenis pokok yang berbeza. Dalam Fertigasi dan Hidroponik, jenis bajanya adalah sama, namun kandungan nutriennya adalah diformulasikan bergantung kepada jenis pokok. Jika pokok buah misalnya, memerlukan lebih baja K dan Mg untuk pembuahan pada usia pokok tertentu (selepas pendebungaan dan buah mula berputik). Bagi sayuran daun, unsur N adalah sangat penting. baja adalah dalam bentuk foliar (larutan dengan air) kerana ianya diagihkan ke pokok melalui kaedah irigasi titisan. Kepekatan bancuhan larutan baja + air disukat dengan menggunakan alat E.C Meter. kadar kepekatan baja diubah mengikut kadar pertumbuhan dan tahap keperluan tanaman.