Showing posts with label Kebun Kami/Our Farm. Show all posts
Showing posts with label Kebun Kami/Our Farm. Show all posts

Monday, April 28, 2008

Krew Agrotek RTM merakam aktiviti Kebun Kami







Foto-foto berikut menunjukkan krew-krew Agrotek membuat rakaman penanaman Cili gergasi Kulai Susu yang kami usahakan secara fertigasi untuk rancangan Agrotek di RTM1 pada bulan Julai 2006 & Rancancan Bumi Kita pada awal tahun 2007 di kebun kami yang terletak di Parit Ramunia, Pontian, Johor. Pegawai-pegawai Jabatan Pertanian daerah Pontian dan pegawai MARDI juga hadir sama pada sessi rakaman tersebut. Kami memang mendapat banyak tunjuk ajar yang sangat berharga dari kedua-dua institusi tersebut. Kami disuruh 'berlakon' seolah-olah sedang berkebun, meracun, membancuh baja fertigasi dan membuat 'harvesting'. Hos Agrotek itu juga sama-sama memetik buah cili yang sudah masak. Kulai Susu adalah sejenis veriety cili hybrid yang unik. Ia boleh mencapai saiz antara 20cm hingga 25cm apabila matang. Namun begitu, rasanya lebih pedas dari cili merah yang biasa. Pada mulanya agak sukar untuk kami menembusi pasaran tempatan kerana mereka kurang biasa dengan saiz cili sebesar itu. Tetapi ramai juga yang berminat mencubanya. Sekiranya anda ingin mendapatkan benihnya, email saya di fitrieddie@yahoo.com.sg. Semasa dapat surat dari penerbit Agrotek meminta kebenaran untuk membuat rakaman di kebun kami memang excited dan rasa bangga juga. Maklumlah, tak pernah masuk TV lah katakan. (maaf, gambar sedikit kabur)







Sayang sekali kami tidak dapat nak ambil copy rakaman AGROTEK di TV1 itu, tetapi kami dapat mengambil rakaman yang dibuat oleh seseorang yang tidak diketahui dan di uploadkan ke dalam YouTube. Rakaman itu diambil dari rancangan Bumi Kita yang ditayangkan pada pukul 6 pagi setiap hari di TV1 pada awal tahun ini. Rakaman dibuat dari set TV. Yang berbaju merah dan membancuh baja itu rakan saya, Jamal. Saya ialah orang yang bertopi apek itu. (maaf, visual sangat tidak memuaskan), kami juga sertakan contoh episod2 rancangan Agrotek seperti berikut:

Selamat Datang Ke Kebun Kami ? Welcome to Our Farm

Foto2 ini menunjukkan kebun kami yang terletak di Kampung Parit Ramunia, Benut, Johor. Kami telah menanam tanaman cili yang mana kami mempunyai 2 lot rumah lindungan hujan yang boleh menempatkan 450 unit poin untuk setiap lot. kami menggunakan kaedah pengairan dan pembajaan secara fertigasi yang dikendalikan secara automatik. kami telah memperolehi banyak pengalaman yang berharga sepanjang melalui kaedah ini, Walaupun agak mudah mengendalikannya kerana sistem automatik digunakan, namun kami perlu melakukan kawalan makhluk perosak dan kawalan kulat sendiri termasuk melakukan pendebungaan secara manual.
_____________________________________________________________________
These are photos of our farm which is located in Benut, Johor, Southern part of Malaysia. Previously, we planted chillies. We have 2 lots of self-construct Greenhouses like these. It's 30'X100' big and can houses 450 points chilly plants. We use fertigation method through drip irrigation and use coco-peat as a media. We have gained a lot of experience through this method and its quite easy to maintain because the watering and fertilizing is fully automated and because of that, we almost don't need to hire anyone to do most of the job. Anyway, we still have to control insects and fungus infections manually. The same goes to pollination process whereby we have to do it ourselves in order to get a uniform fruiting.