Pada 29hb November 2008, saya & rakan partner saya en. Jamal telah sama-sama membantu proses pemasangan set-up fertigasi 4 lot kecil dengan 2 set pengairan titis yang mengandungi 120 point untuk client kami, En. Abd Razak di Parit Bunga, Muar, Johor. Semuanya berjalan lancar dan En. Razak pun nampaknya berpuas hati. Set-up tersebut dipasang di sebuah tapak tanah yang baru dilapangkan berhampiran dengan rumahnya yang juga terdapat kilang mee siput yang baru diusahakannya dalam setahun yang lalu. Jika diperhatikan dari gambar2 di bawah, kami tidak memasang alas Silvershine. Ini adalah kerana penyediaan tapak oleh beliau tidak begitu sempurna (tanahnya tidak diratakan dengan baik, banyak lopak air dan bonggolan batu & tanah serta topografi yang tidak rata. Ini akan merosakkan alas tersebut dan mengakibatkan pengairan yang tidak sekata serta risiko air baja disedut oleh faktor graviti walaupun pam telah berhenti). Walaubagaimanapun, kami telah membekalkan beliau dengan alas tersebut dan memintanya meratakan perlahan-lahan dan setelah itu memasangnya. Beliau telah menyatakan cadangan untuk mengusahakan kedua-dua projek ini secara sepenuh masa dan ingin menambahkan jumlah point pokok kepada set yang sedia ada. Selain sistem tanaman dan bekalan anak pokok, benih, media semai(peat-moss) & media tanaman (coco-peat), baja dan peralatan lainnya, kami juga membekalkan beliau dengan racun, pam penyembur racun, buku & CD lengkap kaedah Fertigasi selain Kursus Fertigasi secara percuma serta konsultasi dan lawatan dari kami. Beliau telah mengenali kami melalui site promosi kami di http://produk2-green-legacy.blogspot.com.
No comments:
Post a Comment