Wednesday, November 12, 2008

Sistem Hidroponik NFT & EBB/Flow


















Sistem NFT adalah satu sistem Hidroponik yang mempunyai aliran larutan berbaja yang berterusan pada akar tanaman. Sekarang ini, rekabentuk platform takungan sudah jarang digunakan lagi. Sebaliknya sistem ini menggunakan tiub paip UPVC yang bersaiz 90mm. larutan baja disalurkan dari takungan/tangki terus ke setiap tiub menggunakan pam. Ia akan mengalir ke dalam tiub dan larutan akan disalurkan kembali ke tangki dari hujung tiub tersebut dan dikitar semula. Rajah di bawah menunjukkan model asas sistem ini.
Kebaikan sistem ini ialah kadar pertumbuhan pokok adalah tinggi dan juga menjimatkan baja dan air. Akan tetapi sistem ini juga ada keburukannya. Jika aliran air terlalu deras, kotoran atau akar-akar halus yang terlepas akan menyumbat seluruh sistem dan boleh menyebabkan kematian pokok. Ini dapat dielakkan dengan menapis air laruran yang masuk semula ke dalam tangki baja.
Sistem EBB-Flood & Drain pula agak berbeza sedikit kerana air larutan yang disalurkan ke tiub dibenarkan bertakung sehingga ke paras akar tanaman. lebihan air akan dikumpulkan dan disalurkan semula ke tangki baja untuk dikitar semula. Kaedah ini sangat sesaui untuk tanaman sayur berdaun. Rajah di bawah menunjukkan rekabentuk sistem ini